Ekonomi

Operasi Harian Bank, Banklah Yang Uruskan, Takkan Menteri Kewangan Pula – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Menteri Kewangan atau pemegang saham tidak boleh campur tangan dalam urusan harian bank-bank di Malaysia.

Jika campur tangan dibuat, ia amat bercanggah dari sudut governans dan tadbir urus.

“Pemegang saham tidak terlibat di dalam operasi harian sesuatu syarikat. Operasi harian bank diserahkan kepada pengurusan bank itu sendiri.

“Saya yakin sebagai seorang bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia maklum tentang perbezaan antara peranan ahli lembaga pengarah dan pengurusan syarikat,” katanya.

Zafrul berkata demikian mengulas peranan Khazanah, KWSP dan PNB sebagai pemegang saham di dalam bank yang terlibat dalam memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong sekali gus menjawab persoalan daripada Anwar, baru-baru ini.

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button