BanjirNegeri

Banjir: Perlis perlu ambil iktibar rancang pembangunan negeri

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, negeri itu perlu mengambil iktibar daripada banjir besar yang berlaku di beberapa negeri ketika ini dengan merancang pembangunan bagi menurangkan risiko berlakunya bencana banjir.

Beliau berkata, fenomena banjir setiap tahun tidak dapat dielakkan namun risiko dapat dikurangkan sekiranya pengurusan alam sekitar dan pelaksanaan pembangunan khususnya di tempat berisiko dilakukan dengan lebih teliti.

“Antara punca banjir besar disebabkan kadang-kadang kita mungkin terrlepas pandang dalam mengambil kira aspek alam sekitar ketika merancang pembangunan.

“Sebagai contoh, laluan air semula jadi ditutup atau terganggu menyebabkan berlaku banjir,” katanya.

Beliau berkata, sistem perparitan yang dibina tidak mengikut kesesuaian keadaan tanah, juga merupakan antara punca banjir berlaku.

“Kadang-kadang parit dibina lebih tinggi daripada jalan raya dan kampung menyebabkan kawasan perkampungan menjadi kolam apabila air bertakung,” jelasnya.

Beliau berkata, itu adalah sebahagian daripada punca terjadinya banjir dan Perlis perlu mengambil kira faktor penyebab ini dalam merancang pembangunannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button