Sukan

Azpilicueta: Sadio Mane sepatutnya dilayangkan kad merah

PEMAIN pertahan yang juga kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta tidak puas dengan keputusan pengadil yang membabitkan kekasaran dilakukan pemain Liverpool Sadio Mane.

Kata Azpilicueta, Mane seharusnya dikenakan kad merah dalam Insiden di menit pertama pada pertembungan  Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge, yang berkesudahan seri 2-2.

Kedua-dua pemain itu bertembung ketika Azpilicueta hendak menerima umpanan lambung, di mana Mane melompat sambil menyiku mukanya.

Pengadil Anthony Taylor kemudian melayangkan kad kuning kepada penyerang Liverpool itu. Mane kemudiannya merobek gawang Chelsea dengan membuka gol pertama pada minit sembilan yang kemudian ditambah satu gol lagi oleh Mohamad Salah pada minit 26.

Azpilicueta bagaimanapun memimpin the Blues mengejar ketinggalan dan Mateo Kovacic dan Christian Pulisic  masing-masing mencipta satu gol untuk memastikan babak pertama berakhir seimbang 2-2, yang pada akhirnya menjadi keputusan akhir pertandingan.


Azpilicueta menegaskan bahawa Mane seharusnya diusir dari pertandingan sejak awal. “Jelas itu kadu merah,” katanya kepada Sky Sports.

“Saya tidak peduli apakah insiden itu terjadi baru lima detik pertandingan, tapi kekasaran itu semestinya dikenakan kad merah.

“Saya tidak faham, kita punya keputusan semacam itu di pertandingan lainnya. Sudah jelas itu kad merah. Jika kami mendapatkan keputusan semacam itu dan ia mampu mengubah pertandingan.”

“Saya sudah lihat ulang tayang yang mana ketika kejadian ia sepatutnya kad merah,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

 

(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button