Nasional

Bangun bakat sukan, kepimpinan belia melalui rentas kementerian

KEMENTERIAN Belia dan Sukan tidak mahu dilihat terlalu statik dalam membangunkan bakat sukan dan kepimpinan belia negara.

Justeru, ia perlu dilakukan secara rentas kementerian dalam mencakna idea dalam memenuhi keperluan pembangunan bakat belia.

Terbaharu, satu inisatif kolaborasi diteruskan bersama Kementerian Pendidikan sebagai permulaan bagi pembangunan belia yang bermula dari bangu sekolah.

“Kerjasama ini amat bermakna kepada saya secara peribadi kerana di sinilah bermulanya fasa anak-anak Malaysia dibangunkan yang akhirnya menjadi kumpulan belia Malaysia.

“Jika kita ingin bangunkan generasi Malaysia yang berkualiti, asanya adalah di peringkat sekolah dan saya sendiri sangat percaya sistem sekolah mampu melahirkan generasi masa depan yang kita mahukan.

BACA > DAP masih berharap PKR sokong Dr. Mahathir — Suara Merdeka

“Antara perkara penting yang dibincangkan adalah penyelarasan usaha-usaha membangunkan anak muda melalui pembangunan bakat sukan serta pembangunan bakat kepimpinan.

“KBS dan KPM lama menjalinkan kerjasama rapat khususnya dalam aspek pencarian bakat sukan di pelbagai peringkat.

“Ia akan diperkasakan lagi termasuklah perkongsian kepakaran, fasiliti dan kemudahan serta silang kemahiran.”

Demikian kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, perbincangan tersebut turut menyentuh kebimbangan terhadap belia berpotensi berhadapan dengan keciciran.

BACA > Perbincangan pembukaan semula sempadan dengan Singapura positif — Suara Merdeka

“Saya sempat menyentuh soal anak muda yang berpotensi menjadi belia keciciran seperti mana yang saya sebutkan dalam hantaran terdahulu mengenai kumpulan belia resah NEET — not in education, employment and training.

“Kerjasama KBS-KPM ini juga akan melihat pendekatan dan intervensi yang boleh diambil bersama bagi memastikan polisi berkesan dapat dirangka khusus untuk kumpulan ini.

“Insya-Allah, saya akan terus menjelajah ke Kementerian-Kementerian lain lagi selepas ini, membawa suara anak muda dan belia.

“Sekiranya ada sebarang pandangan dan cadangan membina untuk pembangunan belia, saya jemput saudara dan saudari untuk kongsikan.

BACA > Saifuddin lawat RTM Kuala Lumpur — Suara Merdeka

“Mungkin saudara-saudari boleh cadangkan juga, Kementerian mana yang patut saya singgah selepas ini?” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button