Rencah Hidup

Bakal pengantin melecur seluruh badan akibat tong gas LPG meletup

BERDARAH manis sambil menghitung hari bakal bergelar isteri, semuanya hancur apabila bakal pengantin Siti Hajar Hanis melecur seluruh tubuh ekoran tong gas petroleum cecair (LPG) meletup secara tiba-tiba.

Kejadian malang itu berlaku ketika Siti Hajar mahu menggoreng ikan di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Kedah.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan tubuhnya melecur hampir 70 peratus akibat disambar api.

Menceritakan detik-detik cemas yang menimpa Siti Hajar yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada bulan depan, Januari, adik mangsa, Muhammad Azib Mohamad berkata, ketika kejadian dia sedang tidur di tingkat atas rumah sebelum terjaga akibat dihempap runtuhan atap genting.

Ketika berusaha menyelamatkan dirinya, dia terdengar jeritan isterinya dari tingkat bawah yang memaklumkan tubuh kakaknya sedang terbakar.

“Apabila saya turun, saya dapati isteri sedang membantu kakak menanggalkan pakaian di tubuhnya yang sedang terbakar,” katanya.

Pada waktu itu, kakaknya masih berada dalam keadaan sedar dan masih boleh berjalan.

Susulan kejadian tersebut, mangsa terus dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) dengan bantuan dari jiran berdekatan untuk menerima rawatan.

Manakala dia dan isteri hanya mengalami luka-luka kecil akibat dihempap bumbung yang runtuh.

Ekoran kejadian itu, hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.

Kereta dan motosikal yang di parkir di ruang hadapan rumah turut mengalami kerosakan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button