Ekonomi

Subsidi bersasar mesti disusun semula, kata Anwar

Malaysia mesti menyusun semula subsidi yang telah memberi manfaat kepada semua golongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata subsidi sebaliknya perlu disasarkan ke arah menyokong kumpulan B40, M40 dan perniagaan kecil yang terjejas teruk sejak kebelakangan ini kerana mereka sangat memerlukan bantuan.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna, tetapi 10 peratus daripada jumlah itu, atau satu juta daripadanya, termasuk konglomerat yang menikmati lebih 50 peratus subsidi elektrik.

“Agensi kerajaan mesti merangka dan membangunkan saluran yang sesuai untuk melaksanakan subsidi yang disasarkan dengan mengambil kira keperluan pengguna dan industri, serta memastikan pelaksanaan yang lancar dan berkesan,” kata Anwar.

Tambah Anwar, pelbagai kaedah dalam campur tangan kerajaan di peringkat pengguna akan dikaji dalam memastikan harga barangan terkawal.

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button