Nasional

Bakal CEO baharu Petronas dari Sarawak?

DESAS-DESUS mengatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin bakal meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, hal berkenaan masih kekal sebagai khabar angin apabila tiada pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan Petronas.

Namun, desas-desas itu terus dilaporkan media tempatan selepas mendapat makluman daripada satu sumber dipercayai orang dalam syarikat minyak dan gas itu.

Menurut laporan Bernama juga, Petronas akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa yang sesuai sekiranya dakwaan itu benar.

Sementara itu, Suara Merdeka juga turut mendengar khabar angin bahawa Wan Zulkiflee bakal diganti dengan calon yang berpengalaman.

Malah, Suara Merdeka turut difahamkan kemungkinan calon yang bakal dilantik sebagai presiden baharu itu adalah seorang berpengalaman dalam industri minyak dan gas dari Sarawak.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sejauh mana kebenaran calon berkenaan. Sehingga kini, masih menunggu pengesahan daripada Petronas sendiri.

Wan Zulkilflee mula memasuki Petronas sejak 1983. Pada 1 April 2018, kontrak beliau sebagai Presiden dan CEO Petronas diperbaharui untuk tempoh tiga tahun.

Petronas adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button