Fitnah dunia yang membawa ke akhirat menjadi seolah-olah sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita pada hari.
Manakan tidak, dari isu jiran bergaduh suami isteri hingga ke isu artis bercerai-cerai, semua sibuk menjadi raja dalam membuat andaian dan menghukum.
Baru sahaja semalam, nama Neelofa menjadi topik trending yang pertama di platform media sosial Twitter.
Taip sahaja nama “Neelofa”, keluar bermacam-macam perkara yang dilemparkan oleh netizen sedangkan mereka tidak tahu pokok pangkalnya pun.
Nama Neelofa yang memang sangat sinonim dengan dunia hiburan sekali lagi dihembur dengan isu hangat terutamanya sekarang dengan status beliau sebagai tunangan kepada PU Riz.
Mungkin ini adalah dugaan mereka dalam bertunang kerana menurut rata-rata pengguna Twitter, hubungan mereka dikatakan bagai retak menanti belah.
Memetik daripada seorang pengguna Twitter yang mengeluarkan satu kenyataan yang tidak berasas, “I dah tahu lama tapi takut salah. Kakak I punya kawan. Sepupu dia PA neelofa so yaahh” berserta beberapa keping perbualan WhatsApp yang di’screenshot.’
Disitu dia telahpun mengenengahkan satu topik buat netizen untuk menambahkan lagi fitnah yang sudahpun berlarutan tentang Neelofa ekoran daripada beberapa Instagram story yang dimuatnaik oleh keluarga Neelofa.
Bukan isu ini sahaja, jika kita lihat dengan teliti, di media sosial mana sekalipun seperti Facebook dan Instagram, kandungannya juga adalah lebih kurang sama dengan Twitter yang sarat dengan gosip-gosip murahan.
Beberapa bulan yang lepas juga ada banyak tweet yang sibuk mencanang nama bekas teman lelaki, bekas tunang dan macam-macam lagi dan sekaligus menarik para pengguna media sosial untuk turut menyibuk.
Ramai orang seolah-olah hilang rasa malu dalam berkongsi dan juga dalam menyebarkan cerita yang bukan fakta pun.
Bukankah kita dalam Islam dan juga sebagai individu yang waras sering ditekankan untuk sentiasa menutup aib orang dan untuk tidak berkata yang bukan-bukan risau tersalah fakta?
Isu ini bukanlah isu yang baharu pun tetapi masing-masing membuat perkara ini sebagai kebiasaan jadi tak peliklah dengan situasi yang banyak berlaku sekarang terutama di media sosial.