Politik

Azrol Rahani Tipu Media? Tulang Belakang Dua Animasi Popular Ini Dedah Cerita Sebenar!

Sinar Harian melaporkan Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor, Azrol Rahani, 41, mendakwa dirinya pernah terlibat sebagai tulang belakang pasukan animasi Anak-anak Sidek dan Keluang Man.

Namun menurut Persatuan Animasi Malaysia yang dianggotai kebanyakan ‘the real & original team’ bagi kedua-dua animasi popular berkenaan menegaskan nama Azrol Rahani tidak wujud serta tidak dikenali.

Pembaca jangan terkeliru. Gadis ini memang cantik tetapi dia bukanlah Azrol Rahani yang hangat diperkatakan.

Menurut Azhar Saad yang mesra disapa Art Saad yang merupakan pelukis jalan cerita Keluang Man serta pelantun suara sebagai Tiong Man ‘aneh’ dengan kenyataan yang dicerita kepada media.

“Jangankan tulang.. sisa pun kami tak pernah nampak kelibat beliau di studio kami,” kata Azhar.

Bekas animator Keluang Man dan pengundi DUN Permai, Abd Rahman Mohamad juga menegaskan bahawa anak MUDA (parti) perlu jujur berbicara.

Berikut antara beberapa tangkap layar daripada individu yang akrab dengan ‘the real & original team’ bagi Keluang Man dan Anak-Anak Sidek.

Azrol Rahani dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dan berazam mewujudkan peluang pekerjaan bagi generasi muda Felda jika menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Apa pendapat anda? Komen di ruangan Facebook Suara Merdeka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button