Azmin, Zuraida dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
DATUK Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin hari ini dilanting sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi. Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR turut dilantik sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilantikan itu dibuat oleh Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam.
Mesyuarat MPT juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dipengerusikan oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi tujuan meneliti dan mengkaji Perlembagaan Parti Bersatu.
Senarai pelantikan:
Setiausaha Agung – Datuk Seri Hamzah Zainudin
Bendahari – Datuk Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Penerangan – Encik Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi:
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Ahmad
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Zuraida Kamaruddin
Datuk Abdul Rashid Asari
Dr. Muhammad Faiz Na’aman
Senarai Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu:
Perlis
Ketua – Datuk Seri Hamzah Zainudin
Kedah
Ketua – Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Ketua – Mohd Taufiq Yaacob
Perak
Ketua – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Ketua – Mohader Ahmad Mohd Ayob
Pulau Pinang
Ketua – Datuk Shabudin Yahaya
Timbalan Ketua – Zulkefli Bakar
Selangor
Ketua – Datuk Abdul Rashid Asari
W. Persekutuan
Ketua – Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya
Negeri Sembilan
Ketua – Datuk Eddin Syazlee Shith
Melaka
Ketua – Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen
Timbalan Ketua – Dr. Mohd Yadzil Yaakub
Pahang
Ketua – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Ketua YBhg Encik Mohd Yazid Yunus
Kelantan
Ketua – Datuk Kamarudin Md Nor
Terengganu
Ketua – Senator Datuk Razali Idris
Timbalan Ketua – Datuk Rosol Wahid
Johor
Ketua – Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Sabah
Ketua – Datuk Seri Panglima Hajiji Hj. Mohd Noor
Timbalan Ketua – Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
Sarawak
Ketua – Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Timbalan Ketua – Datuk Johan Mohamad
Senarai Pengerusi Biro Bersatu
Pengerusi Biro Politik Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Pengerusi Biro Pengurusan Datuk Seri Ahmad Faizal Dato’ Hj. Azumu
Pengerusi Biro Pilihanraya dan Kajian Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Pengerusi Biro Penambahan Ahli dan Cawangan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Pengerusi Biro Agama Datuk Shabudin Yahaya
Pengerusi Biro Ekonomi YB Datuk Sri Mustapa Mohamed
Pengerusi Biro Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali- SM