Politik

Azmin sah sertai Bersatu – Muhyiddin

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata, permohonan oleh Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

“Ini adalah pendirian parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini, hari ini.

Pada 24 Feb lalu, Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat oleh parti berkuat kuasa serta-merta.

Selain Mohamed Azmin, yang turut menyertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota),  Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Difahamkan seorang lagi Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar akan menjadi ahli bersekutu Bersatu. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button