fbpx
Nasional

Azmin jawab dakwaan dia dijangkati Covid-19

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan bahawa beliau tidak dijangkiti dalam dua ujian saringan sebelum ini.

Azmin yang menjawab spekulasi kononnya dia positif Covid-19 berkata, dia ketika ini sedang menunggu keputusan ujian Covid-19 yang ketiga.

Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu ketika ini sedang meneruskan kuarantin di rumahnya.

“Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga.

“Saya telah menjalani dua ujian COVID-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian COVID-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.


“Buat masa ini, saya tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah. Saya mendoakan semoga seluruh rakyat Malaysia senantiasa dilindungi dari jangkitan Covid-19,” kata Azmin.-SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button