Hiburan

Azlee senario dikejarkan ke IJN 

Pelakon dan pelawak dari anggota Senario, Azlee Jaafar, 56, dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi selepas tidak sedarkan diri di kediamannya Sungai Buloh malam tadi.

Difahamkan sebelum itu Azlee dibawa ke HSB tetapi kemudian dipindahkan ke IJN
Perkara tersebut di oleh rakan artis iaitu Ropie di Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto Azlee sedang menerima rawatan.

‘’Mohon doakan abang Azlee Senario, sekarang berada di Hospital Sungai Buloh, perjalanan ke IJN.

‘’Mohon sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusannya..

Dalam masa yang sama, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Azlee.

Assalamualaikum semua, marilah bersama kita doakan semoga teman kita Azlee diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. Amin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai rakan seindustri yang terkejut melihat keadaan Azlee dan turut mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.

Sebelum ini, Azlee dilihat sangat aktif dan sihat dalam melakukan siaran langsung dalam TikTok untuk meraih pendapatan sampingan.

Artikle Berkaitan :>

Hamdan Senario meningal dunia

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button