pilihanSukan

Azizulhasni Awang nasihat jangan ‘serang’ media sosial atlet lain

PELUMBA basikal nombor satu negara, Datuk Azizulhasni Awang meminta supaya ‘netizen’ tidak menyerang mana-mana sosial media atlet lain.

Menurut Azizulhasni, dia berharap supaya sebarang insiden yang berlaku di trek basikal tidak diambil secara peribadi.

“Kita sebagai pelumba pun ada bersikap profesional antara satu sama lain. Kita datang untuk menang perlumbaan dan bukannya hendak bergaduh.

“Kita datang juga atas semangat kesukanan. Jadi jangan malukan Malaysia dengan sikap sebegitu,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram atlet lumba basikal dari Great Britain, Jack Carlin menjadi sasaran netizen selepas didakwa menjadi punca kemalangan pelumba negara, Mohamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo.

Rata-rata netizen telah menghantar mesej yang kurang enak di ruangan komen sehingga mendapat teguran daripada beberapa atlet yang lain juga.

Walaupun terlibat dalam kemalangan, Mohamad Shah Firdaus masih mampu meneruskan perlumbaan hingga layak ke peringkat suku akhir yang akan diadakan esok.

Susulan kemalangan tersebut juga, atlet berusia 25 tahun itu telah dibawa ke hospital dan dikhabarkan berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk yang akan menjejaskan perlumbaannya. -SM

(Visited 625 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button