Rencah Hidup

Azizan lulus PhD pertama dari IPT tempatan

MENTOR usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya lulus ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya selepas sesi pembentangan viva voce dengan pembetulan minor bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) pada Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, beliau mewakili warga syarikat mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan.

Katanya, Azizan merupakan role model buat RichWorks dan bangsa usahawan bimbingan kami dalam soal kepentingan meningkatkan ilmu sepanjang masa.

“Moga orang ramai terutama bangsa usahawan di luar sana dapat buka mata dan melihat kejayaan ini sebagai inspirasi buat semua.

“Ini merupakan ijazah kedoktoran pertamanya diterima daripada universiti tempatan selain daripada PhD dari luar negara sebelum ini,” katanya mengulas hantaran dibuat dalam akaun LinkedIn AeU, hari ini.

Bagaimanapun, kelulusan PhD tersebut akan dimuktamadkan selepas keputusan senat AeU yang dibuat dalam masa terdekat ini.

Pada April lalu, Azizan bersama Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat telah lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd

Tambah Radz, penyelidikan yang dibuat beliau mengenai lima faktor yang membuatkan sesebuah syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat berkembang dan membina bisnes yang berjaya.

“Apa yang mengkagumkan kami, pembelajaran Azizan tak berhenti di sini kerana beliau juga saat ini sedang mengikuti program di IMD Business School, Switzerland selepas habis mengikut program di Columbia Business School di New York ketika bulan Syawal lalu.

“Ini antara perkara penting ditunjukkan beliau sendiri kepada bangsa usahawan tentang kepentingan ilmu dengan sentiasa upgrade diri kerana cabaran sentiasa ada dan setiap fasa bisnes membawa kepada situasi dan isu berbeza,” jelasnya.

Sehubungan itu, Radz memberitahu, melalui ilmu dan strategi yang terkini dan ditambah baik dari semasa ke semasa membuatkan RichWorks mampu menyediakan solusi end-to-end bagi permentoran usahawan di bawah Titanium dan Spire untuk melonjakkan bisnes masing-masing.

“RichWorks tidak hanya ‘jual air liur’selama 14 tahun seperti dikata segelintir ‘haters’ di luar sana sebaliknya datang dengan proven results.

“Kami telah dan sedang bina usahawan yang berjaya dengan keseluruhan jualan sekitar 300 usahawan Titanium Circle dan Premier kami mencecah RM3.2 bilion pada tahun lalu saja,” ujarnya lagi. – SM

Artikel berkaitan > Tular gara-gara digelar ‘Bisnes Air Liur’, Najib Asaddok asalnya orang susah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button