Politik

Azalina usul RUU pecat ahli Parlimen lompat parti

AHLI Parlimen Barisan (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said akan mengusulkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyan cadangan mewujudkan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021.

Azalina berharap usul yang dicadangkan olehnya itu akan menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan ‘Pilihanraya Pecat’.

Menurut bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu, terdapat gejala berleluasa wakil rakyat membelakangi parti politik yang memberikan watikah pencalonan dan rakyat yang mengundi mereka untuk bertukar parti.

Jelas beliau ketika ini ramai rakyat yang mempersoalkan apa gunanya mereka mengundi namun selepas pilihan raya wakil rakyat bertukar parti.

“Persaingan politik perlu dimurnikan bukan dihapuskan, ditekan, di isi dengan kebencian ataupun dihuru-harakan.

“Demi kemajuan negara, pemimpin politik generasi saya dan generasi lebih muda mesti berani bermuafakat dan berpakat untuk mnejadikan politik sesautu pilihan kerjaya profesional yang dihormati dan disegani, bukan dikeji dan dicaci.

“Tanggapan rakyat terhadap ahli-ahli politik hari ini sangat memalukan dan secara peribadi, saya terkilan dengan keadaan ini,” kata Ahli Parlimen Pengerang itu dalam satu kenyataan.

Azalina turut berbesar hati dengan perbincangan antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bersama dengan blok pembangkang dan bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti.

Katanya, cara yang terbaik untuk mencegah lompat parti adalah dengan memperkenal Akta Pemecatan Ahli Parlimen.

Melalui cara ini pengundi boleh menarik balik mandat yang telah mereka berikan kepada wakil rakyat yang telah membelakangkan pengundi.

Justeru, hak untuk memilih wakil rakyat baharu atau mengekalkan wakil rakyat tersebut dikembalikan semula kepada pengundi.-SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button