Hiburan

Aweera bengang orang lain nyanyi lagu Romancinta

PENYANYI Aweera meluahkan rasa kecewa apabila stesen televisyen (TV) yang menyiarkan persembahan konsert memanggil orang lain untuk nyanyikan lagu ‘Romancinta’.

Beliau berasa kecewa apabila stesen TV dilihat mengabaikan penyanyi asal lagu itu dan tidak mengundangnya untuk mana-mana persembahan.

Menerusi instagram @aweera_offical, beliau atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 29, dilihat menyindir stesen TV yang menganjurkan konsert menjadikan dirinya seolah-olah tidak wujud.

“Banyak aku tengok sekarang konsert tv station yang panggil artis lain cover or nyanyi lagu ‘Romancinta’.

“Hangpa ingat penyanyi asal lagu ‘Romancinta’ ni dah mati ka apa? Tanya ja…,” luahnya baru-baru ini.

Bekas vokalis kumpulan Mojo itu sebelum ini pernah dilanda pelbagai kontroversi termasuk krisis bersama komposer lagu ‘Romancinta’ Edry Abdul Halim.

Kontroversi itu juga menyebabkan beliau tidak dipilih untuk untuk menyanyikan lagu itu dalam persembahan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).

Walau bagaimanapun, peminat-peminat beliau tetap mahukan Aweera sebagai penyanyi yang menyanyikan lagu ‘Romancinta’.

“Jangan marah boh, versi Aweera juga yang padu,” kata @polmarleyy.

“Aura Aweera tetap power lagu Romancinta tu, tetap best,” komen @daeng_zikri.

“Betul tu… semua stesen TV dan media perlulah berlaku adil pada semua artis. Bagi peluang sama rata.

“Jangan pilih bulu dan pilih kasih je… support lah penyanyi yang berkualiti macam Aweera ni,” ujar @selamatabdulkasim.

“Saya ingat lagi Edry pernah mengungkit sebab tu lagi ciptaan dia. Dia lupa semua tu  datang daripada Allah,” kata @syazwansafaai.

Selepas meninggalkan Mojo, Aweera kemudian meyertai Prime Domestic tetapi tidak lama.

Kini beliau bersama kumpulan Pelita Lusoh sebagai vokalis sejak 2017.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Aweera dilaporkan tidak kisah jika dilemparkan dengan pelbagai persepsi buruk kerana suka bertukar kumpulan.

Malah, beliau juga masih lagi dikaitkan dengan masalah disiplin.

Memetik laporan BH Online, Aweera bagaimanapun tidak kisah dengan tanggapan negatif orang.

Menurutnya, beliau lebih selesa dengan membaiarkan komen negatif, dalam masa sama memperbaki diri. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button