Nasional
Awas ribut petir 9 malam ini
Jabatan Meteorologi Malayia mengeluarkan amaran ribut petir yang diramal melanda beberapa buah negeri sehingga 9 malam ini.
Sejak kebelakangan ini Lembah Klang kerap dilanda ribut petir yang menyebabkan pohon tumbang dan banjir kilat dan malam ini dijangka berlaku hampir seluruh negara.
Sama-samalah kita berhati-hati.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 5.15 petang tadi.
Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:
Kedah: Baling, Kulim & Bandar Baharu
Perak: Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang & Muallim
Kelantan: Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai & Gua Musang
Terengganu: Besut, Hulu Terengganu & Dungun
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan & Rompin
Selangor: Hulu Selangor, Gombak & Hulu Langat
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: seluruh wilayah
Wilayah Persekutuan Putrajaya: seluruh wilayah
Negeri Sembilan: Jempol
Johor: Segamat, Kluang & Mersing
Sarawak: Kuching, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pekan, Sarikei, Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Kapit (Kapit, Bukit Mabong, Belaga), Bintulu (Tatau, Sebauh), Miri (Miri, Marudi) & Limbang
Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu) & Sandakan
Wilayah Persekutuan Labuan: seluruh wilayah