Rencana

Masa untuk buli balik

ulama

RAMAI wakil rakyat khususnya dari Barisan Nasional dan Pas yang mengadu teruk dibuli walaupun mereka berada sama saf dengan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan sering membuli wakil  rakyat yang bukan dari partinya iaitu Bersatu.

Kaki buli yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja itu ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha Agung Bersatu merangkap Menteri Dalam Negeri.

Tidak payah menelusur lebih mendalam kenyataan Muhyiddin dan orang kanannya itu sering diselitkan unsur ugutan dan sindiran yang banyak menghiris rakan searmada.

Lihat sajalah ketika pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sabah, Bersatu awal-awal menuntut jumlah kerusi yang besar hingga menyebabkan 17 kawasan berlaku pertembungan sesama PN dan parti-parti tempatan yang menyokong PN.

Lantaran itu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mempunyai sokongan cukup untuk membentuk kerajaan baharu, ramai yang agak gembira kerana sudah lemas di dalam belenggu PN.

Berdasarkan dakwaan Anwar sokongan yang diperolehi besar dan merupakan daripada Ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera ia jelas merujuk kepada pemimpin UMNO.

Selain berharap nasib yang lebih baik jika bersama Anwar, tapi sebenarnya ramai yang berharap Parlimen dibubarkan.

Sejak awal lagi para pemimpin UMNO mahukan Parlimen dibubarkan diserahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan.

Bagaimanapun Muhyiddin masih enggan berbuat sedemikian kerana tidak yakin sokongan yang diperolehi daripada rakyat.

Lantas beliau meletakkan syarat supaya rakyat Sabah memilih kerajaan beliau sebagai manifestasi sokongan terhadapnya dan mengukuhkan keyakinan untuk membubarkan Parlimen.

Rakyat juga sebenarnya sudah letih dengan kerajaan yang dilabel dengan pelbagai nama buruk ini. Mereka mahukan kuasa menentukan kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

Muhyiddin mungkin boleh menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai pakej rangsangan dan penjana ekonomi, tetapi rakyat tidak selesa dengan situasi politik semasa.

 

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button