Politik

Autonomi UMNO Sabah lakukan rundingan pembahagian kerusi

UMNO Sabah diberi autonomi sepenuhnya bagi berunding dengan parti-parti sekutu dalam pengagihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Justeru, kesemua calon bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan ditentukan tanpa campur tangan UMNO di peringkat kebangsaan.

Ini termasuklah dalam menentukan calon yang akan dipilih menjadi Ketua Menteri baharu.

Kebebasan ini adalah sesuai dengan pengesahan autonomi seperti yang diumum dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 2019.

Ia dikatakan sebagai strategi bagi mengukuhkan kedudukan UMNO Sabah terutama dalam menghadapi pilihan raya.

BACA > Azmin masuk, Bersatu perkukuh kedudukan dalam kerajaan – Suara Merdeka

Oleh demikian, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu akan mengetuai jentera bagi menghadapi PRN.

“Menjelang PRN Sabah, seluruh jentera Barisan Nasional Sabah (BN Sabah) dan UMNO Sabah, telah diarahkan untuk bersiap-siaga bagi menghadapi PRN berkenaan.

BN Sabah telah diberikan kuasa autonomi oleh Dewan Tertinggi BN dalam sidang yang diadakan baharu-baharu ini.

“Justeru untuk merealisasikannya, saya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dengan ini, menyerahkan kepada seluruh jajaran kepimpinan BN Sabah dan UMNO Sabah.

“Menggunakan seluruh kebijaksanaan dan strategi untuk menterjemahkan kuasa autonomi yang telah diberikan.”

Demikian kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berhubung strategi BN dalam menghadapi PRN Sabah.

BACA > Siapa akan dominan dalam MN? – Suara Merdeka

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN Sabah akan berlangsung pada 26 Septeber, manakala pencalonan pada 12 Setember 2020.

Keputusan tarikh pilihan raya itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom selepas mesyuarat khas diadakan di Kota Kinabalu semalam.

Justeru seramai 1,124,598 orang pengundi berdaftar akan mengundi dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinan kepada UMNO Sabah untuk memastikan kemenangan BN.

BUNG MOKTAR RADIN

Justeru, empat keputusan dicapai bagi memastikan UMNO Sabah dapat bertindak untuk menyusun gerak kerja menghadapi pilihan raya di sana.

“Bung Moktar akan mengetuai jentera BN dan UMNO Sabah bagi menghadapi PRN Sabah.

BACA > Polis siasat akuan bersumpah berkaitan dakwaan diliwat – Suara Merdeka

“Mengadakan rundingan untuk pembahagian kerusi bersama-sama dengan parti-parti politik di Sabah.

“Penentuan calon-calon bagi semua kerusi di 73 Dewan Undangan Negeri Sabah, setelah rundingan dimuktamadkan.

“Memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan ADUN apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

“Demi menghormati kuasa autonomi yang diberikan, saya dengan ini memberi kepercayaan bagi pelaksanaan keempat-empat keputusan berkenaan kepada BN dan UMNO Sabah.

“Agar menggunakan sepenuh kebijaksanaan, rundingan dan kompromi bagi merealisasikannya,” katanya.

Sabah kini akan melalui pilihan raya peringkat negeri selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan DUN pada 30 Julai.

Pembubaran DUN itu dilakukan selepas berlaku krisisi politik di Sabah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berpaling tadah.

BACA > Melayu semakin bertaut bentuk kerajaan tanpa DAP – Suara Merdeka

Hal demikian menyebabkan sokongan terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan) goyah apabila beberapa ADUN terbabit memberikan sokongan kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button