Ekonomi

Aurawhite lancar Dazzle Glopeptide, tawar hadiah pakej percutian ke Korea

AURA WHITE yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.

Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan. Dengan ciptaan ‘all in one formula’, ternyata kolagen terbaru ini memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri yang lazat.

Ayda Jebat masih dikekalkan sebagai pengguna dan duta Aurawhite. Bahan yang digunakan di dalam minuman kolagen ini diiktiraf Halal oleh Jakim dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Aurawhite Dazzle Glopeptide didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 800g dan kali ini Aura White mengeluarkan edisi terhad 400g. Ramai pengguna setia pasti teruja dengan keluaran produk terbaru daripada Aurawhite.

Kelainan untuk produk minuman kolagen terbaharu Aurawhite Dazzle Glopeptide ini, kolagen peptida yang digunakan lebih premium dengan gabungan laici dan ekstrak ros atau nama sainstifiknya rosa centifolia.

Kekuatan Aurawhite Dazzle Glopeptide dengan 11 ramuan premium semulajadi ini memberi kesan optimum yang mudah diserap sepert litchi chinensis (ekstrak laici), kelopak ros, rosa canina (rosehips), aloe vera, kranberi, biji anggur, tomato, dan penambahan dengan khasiat dengan biotin, vitamin C, E dan A. Biotin adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh. Ia menguatkan struktur kuku dan rambut.

Kebaikan Aurawhite Dazzle Glopeptide pula ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.

Apabila usia semakin meningkat kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi Aurawhite Dazzle menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida jadi melalui proses hidrolisis canggih ia menghasilkan molekul yang boleh diserap dengan baik untuk tubuh badan. Selepas lebih 10 tahun dalam pasaran, terbukti ramai pengguna yang telah berpuas hati dan menjadi pengguna setia produk Aura White.

Aurawhite juga membuka peluang kepada mereka diluar sana yang ingin turut serta menjana pendapatan menjadi stokis, agen atau affiliate boleh hubungi pihak Aurawhite. Pembeli yang telah membeli boleh membuat video menarik bersama produk Aurawhite Dazzle Glopeptide dan share di Tiktok serta tag @aurawhitehq bersama hashtag #aurawhitedazzle2023. Bukan itu sahaja, pembeli bertuah juga berpeluang memenangi hadiah percutian ke Korea yang ditaja oleh Aurawhite. Mengikut terma dan syarat.

Untuk info lebih lanjut mengenai rangkaian produk Aura White, boleh terus melayari laman web rasmi mereka di www.aurawhite2u.com, follow Facebook dan Instagram @aurawhiteofficial, Tiktok @aurawhitehq. – SM

Artikel berkaitan > Spritzer lancar botol ikonik baru

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button