Luar Negara

Aung San Suu Kyi dalam tahanan Tentera Myanmar

AUNG San Suu Kyi dan tokoh-tokoh lain dari parti Liga Nasional Demokrasi (NDL) yang berkuasa ditahan oleh Tentera Myanmar pada awal ini.

Negara yang pernah dikritik kerana gagal menangani isu Roghingya kini dalam kebimbangan bahawa rampasan kuasa tentera sedang berlaku di negara Asia Tenggara itu setelah tentera mempertikaikan keputusan pilihan raya yang berlangsung pada 8 November tahun lalu.

Parti pimpinan Suu Kyi, LND memperoleh kemenangan besar, iaitu 396 dari 476 kerusi, yang membolehkan parti itu membentuk pemerintahan selama lima tahun lagi.

Bagaimanapun pihak tentera beberapa kali mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya, antaranya mendapati terdapat 8.6 juta kejanggalan dalam senarai pemilih di 314 kawasan mengundi.

Ia turut menggesa kerajaan dan suruhanjaya pilihan raya memeriksa semula keputusan.

Media komunikasi termasuk media sosial di beberapa bahagian di negara itu ketika ini dilaporkan mengalami gangguan.

Suu Kyi yang merupakan pemenang Hadiah Nobel bagi menentang kezaliman dikritik hebat kerana gagal mempertahankan hak-hak kemanusiaan kaum Rohingya yang dilaporkan dibunuh, diperkosa dan dihalau dari kampung halaman mereka oleh pihak Tentera Myanmar.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button