Nasional

Pengawal keselamatan disyaki cabul kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun

Ditemukan dalam keadaan tidak berbaju dan mempunyai cecair berlendir di bahagian badan.

Perkara itu disedari oleh ibu kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang disyaki dicabul oleh seorang pengawal keselamatan warga asing berusia 47 tahun.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah kongsi Ladang Sungai Sabang, Sukut, Beluran Sabah.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, sebelum kejadian tersebut mangsa didakwa bermain di halaman tersebut dalam keadaan tidak berbaju.

“Suspek kemudian didakwa telah memanggil mangsa masuk ke dalam biliknya dan mencabul kanak-kanak tersebut.

“Perkara itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa yang melihat anaknya berada dalam keadaan curiga dan suspek juga telah melarikan diri selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, suspek bagaimanapun berjaya ditahan tidak lama selepas itu.

Ujarnya, terdapat dakwaan daripada ahli keluarga yang mengatakan bahawa mangsa telah dirogol.

“Namun, siasatan awal mendapati tiada kejadian rogol berlaku dan mangsa dipercayai telah dicabul suspek.

“Buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana mencabul. -SM

(Visited 575 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button