Asnaf perlu berusaha majukan diri
RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 asnaf terpilih di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis.
Seramai 70 penerima adalah dari kariah Tok Kaya dan 70 lagi dari kariah Behor Masjid yang mana masing-masing menerima RM700.
Baginda diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengulangi titah bahawa setiap sumbangan zakat yang dilaksanakan melalui MAIPs akan mendapat pelepasan atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
Terdahulu itu, setiap penerima sumbangan yang hadir juga menjalani pemeriksaan saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis.
Mereka juga turut menghadiri sesi ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ yang disampaikan oleh para pegawai daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. – SM