Ekonomi
ASB 2019 paling rendah dalam sejarah
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.
Ia adalah pulangan terendah dalam sejarah.
Tahun lalu PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Berikut adalah dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 – 2018.