Politik

Armada Pulau Pinang sangkal pemecatan lima pemimpin

PEMECATAN lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada parti itu terus mendapat bantahan ramai pihak.

Rata-rata menyatakan sandaran Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti itu sebagai tidak sah.

BACA > Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee, Amiruddin Hamzah dipecat dari Bersatu — Suara Merdeka

Malah, penadatangan surat pemecatan tersebut, Setiausaha Kerja, Muhammad Suhaimi Yahya juga dipertikai apabila beliau dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Terbaharu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Negeri Pulau Pinang hari ini mengeluarkan kenyataan mempertikai pemecatan Dr. Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr. Mazlee dan Amiruddin.

Menurutnya, pemecatan itu didapati melanggar etika pentadbiran parti apabila surat berkenaan bukan ditandatangan oleh Setiausaha Agung.

“Armada Bersatu Pulau Pinang menolak dan mengecam tindakan yang diambil terhadap kesemua pemimpin Bersatu.

“Kesemua mereka tidak pernah mengisytiharkan keluar parti mahupun menyertai mana-mana parti lain di negara ini,” katanya.

BACA > PM sangkal dakwaan beliau sedang dirawat di Singapura — Suara Merdeka
BACA > Jangan terperangkap `taktik halus’ tarik hati Melayu – Najib — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Armada Pulau Pinang menyatakan pendirian terus menyokong kelima-lima pemimpin tersebut dan berharap kemelut dalaman parti itu.

Kelima-lima pemimpin itu adalah, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

“Armada Bersatu Pulau Pinang berdiri teguh bersama kesemua pemimpin yang kononnya dipecat oleh Setiausaha Kerja,” tegasnya.

Terdahulu peguam, Haniff Khatri Abdullah menyatakan pemecatan kelima-lima pemimpin Bersatu tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti.

BACA > Lima serangkai mahu Bersatu kembali ke landasan — Suara Merdeka
BACA > Mustahil menang pun, PH tetap tanding di Chini mahu serang kerajaan — Suara Merdeka

Beliau berkata, Setiausaha Kerja tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian. Malah jawatan itu juga tidak diiktiraf oleh perlembagaan parti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button