BeritaNasional

ARMADA bantu 5,000 pelajar kembali ke sekolah

SEBANYAK RM0.5 juta diperuntukan oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) bagi membantu 5,000 pelajar kumpulan asnaf dan B40 memulakan sesi persekolahan 2020.

Peruntukan tersebut diberi secara dua peringkat dengan agihan sebanyak RM250,000 pertama dilakukan sejak pertengahan Disember lalu.

Sementara baki akan diberikan dalam fasa kedua bermula pertengahan Januari yang akan memberi tumpuan kepada anak-anak Sabah.

“Dalam bantuan fasa pertama, lebih 2,500 pelajar di 196 bahagian seluruh negara melibatkan pengagihan bantuan bernilai RM100 seperti alat tulis, baju sekolah, beg dan wang tunai.

“Sementara fasa kedua pula akan diberi pada bulan hadapan dan memberi fokus kepada anak-anak tercicir khususnya di Sabah,” katanya.

ARMADA berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, dana yang diberikan adalah hasil daripada program-program anjuran ARMADA.

Dalam pada itu, ARMADA turut menyifatkan bantuan diberikan sebagai tanggungjawab terhadap masyarakat bagi memastikan setiap anak mendapat pendidikan sewajarnya.

“Program dianjur bagi mengumpul dana dalam membantu meningkatkan keupayaan anak muda khususnya dalam sektor pendidikan dan pembangunan sahsiah diri.

“Justeru itu ARMADA akan terus bekerja bagi memastikan anak-anak di negara ini mendapat
pendidikan yang sepatutnya dan memastikan tiada kanak-kanak akan tercicir dalam mendapat
pelajaran,” ujarnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button