Ardell Aryana pengsan lepas lahirkan anak
PELAKON, Ardell Aryana pengsan selepas melahirkan anak pertamanya bersama Nazmi Adhwa akibat pendarahan teruk.
Perkara itu diberitahu menerusi Instagram babyadhwardell bersama video yang memaparkan Ardell di atas katil dalam keadaan keletihan.
Menerusi status akaun instagram itu, Ardell hanya dapat mendakap anaknya pada hari ketiga selepas dua kali muntah dan pengsan.
“Alhamdulillah, hari ini umie saya dah makin kuat dan tak pengsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umie sekejap,” katanya.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mendoakan Ardell lekas sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, Nazmi sempat berkongsi berita gembira berkenaan cahaya mata pertama mereka pada Jumaat lalu selepas 16 jam isterinya menanggung kesakitan.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasangan suami isteri ini banyak memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan menerusi Pertubuhan Basmi Kelaparan (F4H). – SM