PolitikRencana

Apa sebenarnya Dr. Mahathir mahu?

Komentar

DENGAN alasan tidak lagi mendapat sokongan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

BACA > PH sebenarnya khianat mandat rakyat — Suara Merdeka

Ahli Parlimen Langkawi itu sememangnya popular dengan jolokan pemikiran yang sukar dijangka. Malah gelaran ‘berfikiran jauh’ juga cukup sinonim dengan beliau.

Cuma, satu persoalan wajar timbul, sesudah beliau meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti, kenapa tiba-tiba mahukannya semula.

Rakyat umum tidak mahu memandang rendah terhadap negarawan itu. Pemikirannya cukup tajam.

Kerana pemikirannya itulah,Dr. Mahathir berjaya menundukkan British; Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby jatuh ke tangan Malaysia, kempen ‘buy British last’, dan Carcosa Seri Negara kembali jadi milik kerajaan.

Malah ketajaman pemikiran itu juga berjaya menakutkan Amerika Syarikat dan Israel dalam memperoleh projek untuk Petronas di Sudan sekitar 1988.

Beliau juga begitu berani mengkritik pemimpin negara-negara besar di pentas antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Begitu juga bagaimana Dr. Mahathir berjaya membawa negara keluar daripada krisis kewangan 1997/98 sehingga menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia.

Namun, berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa di atas, dengan kebijaksanaannya takkanlah Mahathir boleh memutuskan untuk meletak jawatan pada Februari lalu hanya sebab kehilangan sokongan.

Baik, kata beliau tak mungkin Parti Tindakan Demokratik (DAP) dapat menghancurkan orang Melayu.

BACA > Tun M amat malu Melayu percaya DAP boleh hancurkan mereka — Suara Merdeka
BACA > Najib pelik Mahathir tidak pernah tuduh dia amalkan nepotisme, kronisme — Suara Merdeka

Sedangkan beliau mendakwa dalam mesyuarat pemimpin PH sebelum itu menyatakan sokongan penuh kepadanya termasuklah Bersatu yang kemudian menolak surat perletakan jawatan Dr. Mahathir.

Tiba-tiba, dalam satu perutusan khas pada 26 Februari 2020, bekas Perdana Menteri itu meminta maaf jika tindakannya itu salah.

Tiga hari lepas beliau dalam satu rakaman video tembual yang dimuat naik dalam Facebooknya terus menjelaskan kenapa beliau letak jawatan.

DR. MAHATHIR

Beliau menyalahkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membawa Bersatu keluar daripada PH menyebabkan kerajaan pakatan itu terbubar.

Apakah Dr. Mahathir sudah kehilangan auranya apabila kini beliau seolah-olah menagih perhatian Parlimen kerana percaya mempunyai sokongan?

Yalah… mungkin juga terpaksa kerana tempoh hari Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah enggan menerima menghadap beliau.

Bagaimanapun, tindakan menghantar usul kepada Speaker Dewan Rakyat menyebabkan kemelut politik kembali, sehingga wujud dakwaan Parlimen akan dibubarkan.

Sedang negara dalam kemelut wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) dan pemulihan ekonomi sedang dijalankan oleh Muhyiddin (Perdana Menteri). Ini adalah tidak patut dan bukan masanya.

Seolah-olah ketika negara sedang berperang, orang dalam sibuk bercakaran.

BACA > Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah — Suara Merdeka
BACA > Orang Melayu cuma cuak dengan DAP sahaja Tun Mahathir! — Suara Merdeka

Berhentilah Tun, sementara rakyat masih ingat jasa-jasa 22 tahun sebagai Perdana Menteri ke-4. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button