NasionalUncategorized
Anwar tunai solat Jumaat bersama rakyat di Kuala Langat
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Kuala Langat hari ini.
Minggu ini beliau memilih untuk menunaikan ibadat itu di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat.
Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah serta kanak-kanak yang melepaskan peluang mendapatkan autograf Perdana Menteri itu.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa makan tengah hari bersama rakyat setempat di Restoran Selera Tujuh di Banting. – SM