Politik

Anwar tidak beri senarai nama Ahli Parlimen yang menyokong – Istana Negara

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, dalam sesi mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah pagi tadi, Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan Anwar untuk aku dan menghormati Perlembagaan.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Anwar mendapat telah mendapat lebih 120 sokongan Ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan daripada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Anwar berkata, beliau telah menyerahkan akuan bersumpah dan surat sokongan daripada ketua-ketua parti yang menyokong beliau.

Ketua Pembangkang itu juga mahu agar Yang di-Pertuan Agong diberikan masa untuk meneliti semua dokumen yang diberikannya.-SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button