fbpx
Nasional

PKPB: Apa yang boleh dan tidak boleh di Selangor, Putrajaya dan KL

BERIKUT adalah prosedur operasi standard (SOP) kepada penduduk Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam ini hingga 27 Oktober.

SOP ini dikeluarkan selepas jawatankuasa teknikal bersama KKM dan Sidang Khas MKN telah membincangkan secara terperinci dan membentangkan kepada sidang Majlis Keselamatan Negera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

  1. Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan Aangkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA.

2. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan
keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

3. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;

• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.


• Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan
pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.

• Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

• Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.

4. Aktiviti ekonomi dalam kawasan PKPB:

• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi. • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

• Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran  atau take-away sahaja.  alaubagaimanapun makan di premis makanan adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP

5. Sektor Makanan:

• Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

• Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

• Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

• Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam.

• Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.

• Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam).

• Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

• Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

• Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

6. Perubatan dan Kesihatan

• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Sektor Ekonomi Dan Industri.

• Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

• Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

7. Perikanan, Perladangan dan Pertanian

• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

8. Pelabuhan dan Lapangan Terbang

• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

9. Aktiviti Keagamaan

• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.

• Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukanIslam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

• Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan.

• Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.

8. Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya

• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang
adalah tidak dibenarkan.

9. Aktiviti Sukan

• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

• Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN.

• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.

• Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

9. Pendidikan

• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.

• Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
Seminar / Bengkel / Persidangan

• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

10. Mesyuarat

Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
Penganjuran Majlis Keramaian Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

11. Pelancongan

Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.-SM

(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button