Nasionalpilihan

Anwar sampai ucaptama pada persidangan Nikkei di Tokyo

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024 di Tokyo Jepun.

Beliau seterusnya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida selain mengadakan perbincangan dengan pemain utama industri negara itu.

“Hari yang sarat dengan pelbagai agenda di Tokyo, Jepun dimulakan dengan menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei 2024.

“Saya seterusnya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun serta mengadakan sesi perbincangan dengan pemain utama industri dan pimpinan syarikat terkemuka di negara ini bagi menarik pelaburan ke Malaysia.

“Saya juga sempat bertemu Perdana Menteri Thailand sebelum mengakhiri hari kedua di Tokyo dengan menghadiri majlis makan malam Persidangan Nikkei 2024,” kata Anwar dalam hantaran di X. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button