Sukan

Anugerah Pemain Terbaik PFA 2022 Digenggam Mohamed Salah!

Bintang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) 2022 pada Khamis.

Salah membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik PFA, kata PFA di laman sesawangnya, menambah anugerah itu dimenangi buat kali kedua dalam kerjayanya.

Menjadi pemain Liverpool sejak 2017, Salah sebelum ini memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA 2018, menurut Agensi Anadolu.

Kelabnya Liverpool turut memberi penghormatan kepada pemain berusia 29 tahun itu di atas anugerah itu.

“Pemain Terbaik PFA.. Tahniah, Mohamed salah, ciap penyokong pasukan The Reds di Twitter.

Memenangi trofi merupakan satu penghormatan, sama ada secara individu atau kolektif, dan anugerah ini sangat besar, saya sangat gembira dan berbangga dengannya. Apatah lagi diundi oleh pemain. la membuktikan bahawa anda telah berusaha gigih dan meilhat hasilnya,” ia memetik Salah.

Salah menjaringkan 23 gol dalam 35 penampilan Liga Perdana Inggeris pada musim 2021-22, dengan Liverpool menduduki tempat kedua.

Manchester city dinobatkan sebagai juara 2022 selepas mereka meraih 93 mata dalam 38 perlawanan. Saingan terdekat mereka, Liverpool, mengumpul 92 mata.

Sementara itu, pemain tengah Inggeris Manchester City, Phil Foden, 22, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA buat kali kedua berturut-turut.

Foden, yang sebelum ini merangkul anugerah itu pada 2021, menjaringkan sembilan gol dalam 28 perlawanan Liga Perdana untuk membantu Man city memenangi kejuaraan liga 2022. BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button