Annuar cadang ‘muafakat besar’ bersama Warisan, Muda, Pejuang, Berjasa
AHLI Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengemukakan cadangan pembentukan kerjasama ‘grand coalition’ atau muafakat besar yang turut melibatkan parti bebas dan parti yang menolak Pakatan Harapan seperti Warisan, Muda dan Pejuang
Annuar berkata panyatuan ummah tidak harus terbatas setakat UMNO, Pas dan Bersatu sahaja sebaliknya ia seharusnya merangkumi parti lain.
“Mari kita garabkan penyatuan dan muafakat besar yang melibatkan BN, PN, GPS DAN GRS.
“Gabungan ini terhasil dari muafakat dan kerjasama berkesan anggota dalam kerajaan Perikatan Nasional.
“Beberapa parti yang bebas atau menolak PH boleh dibawa bersama seperti Warisan, Muda, Pejuang, Berjasa, IPF, Makkal, PCM dan lain-lain,” kata Annuar.
Annuar yang juga Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional berkata, apa yang penting adalah meninggalkan politik yang berlegar berkaitan personaliti tertentu.
Katanya, muafakat besar itu juga boleh menyemarakkan politik penyatuan ummah yang mendahulukan kestabilan, ketahanan nasional dan kepentingan rakyat.
“Usaha penyatuan ummah harus menjadi tanggungjawab utama dan berterusan kita. Sudah terlalu lama politik kita berlegar sekeliling dua tiga personaliti dan bukan atas dasar perjuangan.
“Sudah berkali-kali politik nasional cuba diseret kerana mempertahan atau menentang individu. Cukup cukuplah.
“Malah panyatuan ummah tidak harus terbatas setakat UMNO, Pas dan Bersatu. Saya ingin menganjurkan pembentukan suatu grand collation yang melibatkan sekurang kurangnya 12, 13 parti politik yang sealiran,” kata Annuar.
Sementara itu Annuar berkata, Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional akan bermesyuarat pada 18 Nobermber ini.
Mesyuarat itu akan membincangkan kerjasama rasmi UMNO, Pas dan Bersatu.-SM