Politik

Annuar beri keterangan tiga jam, bukan restoran tapi bangsal

MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memberi keterangan selama tiga jam berhubung tuduhan bahawa beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Annuar berkata, beliau memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menggumpulkan maklumat yang diperlukan.

“Hampir tiga jam beri kenyataan kepada polis. Berpeluang bercerita di sebalik sekeping foto yang tular. Ada yang ingat saya “dining”, ada yang ingat majlis makan makan.Macam-macam.

“Biarlah polis kumpul maklumat dari semua pihak secara telus. Kita berikan segala kerjasama yang diperlukan kerana itu tanggungjawab kita.

“Ini antara “walkabout” harian saya yang tiba-tiba mendapat perhatian,” kata Annuar.

Dalam penjelasannya, Annuar berkata, kawasan tempat beliau makan bukanlah sebuah kedai atau pun restoran.

Sebaliknya foto yang tular di media sosial kononnnya di melanggar SOP PKP sedang makan merupakan sebuah bangsal yang terletak dalam sebuah kebun sayur-sayuran.

“Lihat foto, di penjuru tanaman jagung kelihatan sebuah bangsal. Di situlah Pengerusi JK Kebun Komuniti bawa saya berteduh beberapa minit selepas berpanas terik dan tunjuk sample seperti ulam raja, kacang bendi dan bayam yang tular kononnya “dining”.

“Di pondok itu saya menegur mengingatkan penganjur kemungkinan akan di salah ertikan,lalu kita sambung berjalan kaki keliling pinggir tasik yang kini menjadi kebun pelbagai sayuran,” jelas Annuar.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin memaklumkan polis sedang menjalankan siasatan susulan dakwaan kononnya Annuar didakwa ingkar SOP PKP.

Menurutnya, satu laporan polis berkenaan perkara itu diterima polis di Cheras.

Sebelum ini, tular di media sosial Annuar bersama beberapa individu lain duduk di meja sambil menikmati jamuan tanpa penjarakan fizikal.

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis Program Pertanian Bandar bertarikh 13 Februari 2020 di Desa Petaling.

Di bawah peraturan PKP, hanya dua orang yang dibenarkan setiap meja di mana-mana restoran atau premis makanan.-SM

 

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button