Annuar akan minta MKN beri kelonggaran kepada industri kreatif
Kehidupan petugas dan pengkarya dalam industri kreatif yang terjejas berikutan pandemik Covid-19 akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
Nasib mereka dengan pendapatan yang tidak menentu sejak sekian lama mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baru Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang mengangkat sumpah jawatan menteri Isnin lalu berkata, sudah tiba masanya kelonggaran diberikan dalam industri kreatif terutama kepada mereka yang telah lengkap mendapat dua dos vaksin.
Menurut Annuar kementerian akan meminta pertimbangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberikan kelonggaran terhadap petugas dan pengkarya dalam industri berkenaan.
MKn boleh memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal dan menghalan penularan wabak Covid-19 apabila petugas dalam industri itu dibenarkan untuk bekerja semula.
“Para pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dgn PKP.
“Tiba masanya kita bentang ke MKN untuk segera pertimbangkan kelonggaran dengan SOP tertentu, khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksinasi.
“Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,” kata Annuar di Twitter.-SM