fbpx
Politik

Anifah ingatkan Shafie, Mohammaddin terus perjuangkan hak rakyat Sabah

DATUK Seri Anifah Aman malam ini tampil menjelaskan bahawa bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi sama seperti rakan-rakan lainnya yang sering berbincang serta meminta pendapat beliau mengenai keadaan politik semasa terutama di Sabah.

Kepada Mohamaddin, bekas Ahli Parlimen Kimanis itu mengingatkan kerjasama kerajaan negeri dengan Pusat perlu dalam usaha mendapatkan hak-hak rakyat Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

BACA > Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz — Suara Merdeka

“Ini disebabkan bilangan kerusi di Sabah dan Sarawak buat masa ini walaupun bergabung hanyalah 56 kerusi maka kita harus bekerjasama dengan Pusat demi kepentingan rakyat Sabah.

“Pendapat yang jika ditanya oleh mana-mana kawan, saya akan menjawab dengan pendapat yang sama.

“Sebagai seorang yang amat menyintai negerinya, saya lebih fokus kepada usaha mengembalikan hak-hak rakyat Sabah,” kata beliau dalam satu kenyataan, yang turut merujuk Mohammaddin sebagai seorang rakan yang bersama-sama bersekolah di England pada suatu ketika dahulu.


Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini mendakwa Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu dipujuk oleh Anifah supaya meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Kata Presiden Warisan itu, tiga kali bekas menteri luar itu menghubungi wakil rakyat berkenaan supaya melompat parti.

BACA > Kementerian Kesihatan sedang siapkan SOP perkhidmatan urut, refleksologi — Suara Merdeka
BACA > Zamrose dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu — Suara Merdeka

Anifah berkata, sebagai seorang pemimpin politik, Mohd. Shafie seharusnya dikelilingi oleh
mereka yang setia, jujur dan boleh dipercayai.

“Bukannya orang yang boleh dijual beli. Saya sesungguhnya amat terharu dengan ingatan Ketua Menteri Sabah pada saya namun sepatutnya beliau lebih fokus dalam mencari penyelesaian pada masalah-masalah rakyat Sabah.

“Sebagai contoh, cara terbaik menjana semula ekonomi negeri dalam keadaan kita terpaksa menghadapi pandemik Covid-19 ataupun memikirkan cara terbaik membela nasib dan hak rakyat Sabah.

“Jangan janji Ketua Menteri Sabah tinggal janji manis seperti janji terang bulan,” kata beliau.

Anifah seterusnya berkata, “saya ucapkan terima kasihlah kepada Ketua Menteri Sabah kerana masih ingat menyebut nama saya walaupun saya cuma berstatus orang pencen.

“Walaupun tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri mahupun persekutuan, juga belum lagi mempunyai sebarang parti, nama saya masih lagi disebut-sebut.

BACA > Tidak perlu lagi dalam penjarakan sosial dalam pesawat — Suara Merdeka
BACA > Jumlah jemaah ditentukan jawatankuasa masjid, surau — Suara Merdeka

Mungkin atas sebab banyak jasa saya sudah taburkan kepada negara ini sebab itulah beliau susah mahu melupakan nama saya.”- SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button