Nasional
Anggota polis dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Anggota polis Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu ditemui mati di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, 15 Julai lalu.
Dia dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.