Hiburanpilihan

Anak Lufya Omar hampir diculik

Pelakon Lufya Omar, berkongsi detik cemas melalui hantaran di laman media sosialnya. Malang tidak berbau Lufya cedera dipukul oleh penyerang yang mahu menculik anaknya.

“2 hari lepas fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa itu kami berada di playground Kota Damansara, lebih kurang 4 ke 5 petang.’’

Jelasnya lagi, “seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul fya menggunakan batang kayu ke kepala”

Sehingga menyebabkan dirinya mengalami kecerderaan pada wajah dan badan.

Lufya juga mengucapkan syukur ke atas keselamatan dirinya dan anaknya berjaya meloloskan dari individu yang cuba menculik anaknya.

Lufya juga memberi nasihat kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap sekeliling dan minta para peminatnya mendoakan kesembuhan dirinya dan anaknya.

Sementara itu, komen pengguna media sosial di Instagramnya, ada netizen yang mendakwa bekas suaminya yang cuba menculik anaknya dengan mengupah orang untuk melakukan penculikan tersebut.

Namun ketika dihubungi media, bekas suami lufya, Hafiz menafikan dia terbabit dalam inseden tersebut.

“Tuduhan netizen adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam itu. Kalau nak jumpa anak, saya akan mintak izin. Kalau tak dapat jumpa saya runding baik-baik”.

Jelasnya lagi, kalu nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” Katanya,

Menurut Hafiz, dia mengatahui insiden tersebut apabila dimaklumkan oleh pengikutnya menerusi mesej (DM) di instagramnya.

Dia juga bersyukur bekas isteri dan anaknya selamat dari insiden tersebut dan meminta lapor kepada pihak polis segera.

Kami mendoakan lufya dan anaknya semoga sentiasa dalam keadaan baik dan dilindugi. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button