Hiburan

Anak Liza Hanim, Shah dapat 8A UPKK

BANGGA dan gembira Liza Hanim dan suami, Shah Indigo apabila anak gadis mereka berjaya mendapat keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 8A tahun 2021.

Anak kedua pasangan ini, Marissa Qaireen berjaya memperoleh keputusan sebaik itu bagi mengubati rasa sedihnya apabila UPSR dimansuhkan.

“Dia sangat sedih apabila UPSR dimansuhkan. Semuanya baharu dan tidak biasa dalam era pandemik namun saya katakan padanya, ambil satu perkaran dalam satu masa, lalui tahun akhir sekolah rendah dan kemudian fokus pada kemasukan tingkatan satu,” kata Liza.

Katanya, dengan adanya ujian UPKK ini terubat jugalah hati si Kak Ngah (nama panggilan anak kedua Liza dan Shah di rumah dalam kalangan keluarga). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button