Belang Bertempat

Anak kecil itu kini bermain roket

SELEPAS tewas pilihan raya umum pada 2018, banyak diperkatakan tentang jajaran baharu politik, iaitu UMNO dan DAP bergabung.

Namun idea itu mendapat tentangan besar-besaran para eletis UMNO. Lantas satu demi mereka dipancung oleh Zahid Hamidi selaku presiden parti terbesar orang Melayu.

Bahkan para penasihat Zahid sendiri pening dengar gelagat Zahid.

Namun apabila terbongkar perbualan telefon Zahid dengan Anwar Ibrahim menjelang perhimpunan agung UMNO, riaknya semakin jelas.

Selepas pilihan raya yang lalu, akhirnya wajah-wajah tentera trojan Anwar di dalam UMNO semakin jelas.

Satu demi satu muncul dan ketuanya sudah pastilh Zahid.

Dan semalam memang jelas semasa konvensyen kerajaan perpaduan di WTC KL, mereka bersorak girang kerana berjaya menawan kubu UMNO.

UMNO menyerah diri tanpa melawan. Siapa sahaja melawan telah dikembiri oleh Zahid seorang diri.

Masing-masing hanya mampu menangis teresak-esak ibarat kanak-kanak kehilangan lato-lato.

Semalam mereka diajar permainan baharu iaitu roket bagi menggantikan lato-lato.

Kanak-kanak itu kembali girang. Tanpa disedari roket itulah akan menyebabkan tangannya buntung dan rumahnya hangus rentung.

Selamat meroket buat UMNO.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button