Kemalangan

Anak gajah maut dilanggar kereta

KESIAN anak gajah ini maut dilanggar sebuah kereta ketika ia melintas jalan di Batu 10 Jalan Kota Tinggi-Mersing, dekat Kota Tinggi, Johor.

Kematian anak gajah itu juga satu kerugian kepada sumber alam di negara kita kerana ia antara haiwan yang dilindungi disebabkan habiat ini semakin pulus.

Memetik laporan The Star, Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor (Perhilitan), Salman Saaban berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar pukul 7.45 pagi tadi .

Ekoran itu, katanya, satu pasukan dikerahkan ke lokasi kejadian di mana mereka menemui bangkai anak gajah itu di pinggir jalan.

“Anak gajah itu dipercayai berusia antara satu hingga dua tahun dan ia mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta.

“Siasatan menunjukkan bahawa kereta itu dari Kota Tinggi menuju ke Mersing sebelum melanggar anak gajah itu,” katanya.

Salman berkata, mereka kemudian melakukan pengawasan di tempat kejadian dan mendapati antara dua dan tiga ekor gajah dewasa masih berada di kawasan itu.

“Kawasan ini merupakan tempat panas yang terkenal untuk gajah melintas dan ini adalah kes ketiga melibatkan kenderaan melanggar gajah. Dua gajah lain mati akibat dilanggar kenderaan pada 6 Oktober tahun lalu dan pada 21 Mei 2018.

“Bangkai anak gajah itu akan ditanam setelah jabatan merekodkan morfologi,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button