Politik

Anak “Bossku”, Nooryana Najwa curi tumpuan pengujung Pasar Malam Bintong

PENGUNJUNG Pasar Malam Bintong, Kangar bertuah apabila berpeluang melihat secara lebih dekat, anak “Bossku”, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib iaitu Nooryana Najwa.

Nooryana Najwa yang berpakaian serba biru ini mula mencuri tumpuan pengunjung sebaik sahaja sampai ke tempat berkenaan pada kira-kira pukul enam petang tadi.

Nooryana Najwa dan Fathul Bari sempat bertegur sapa ketika bertemu di Pasar Malam Bintong, Kangar, Perlis.

Dalam “walkabout” ini Nooryana Najwa mengedarkan risalah calon Barisan Nasional (BN).

Beliau juga turut menyapa serta beramah mesra dengan peniaga setiap gerai di pasar malam ini.

Malah beliau juga membeli makanan pada gerai yang disinggahnya.

Ada di kalangan pengunjung mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan Nooryana Najwa yang tidak disangka berada di pasar malam berkenaan.

Turut hadir juga calon BN Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang melakukan “walkabout” pada masa hampir sama.

Keduanya juga sempat bertegur sapa dan melawat gerai bersama.

Nooryana Najwa datang ke Perlis sebagai destinasi pertama
berkempen untuk BN atas permintaan Najib.

Pada pukul 3.45 petang tadi beliau bertemu calon BN DUN Pauh, Syed Atif Syed Abu Bakar dan wanita UMNO Pauh di Bilik Gerakan BN Pauh di pekan Pauh, Arau.

Beliau juga akan berkempen untuk calon BN Parlimen Padang Besar, Datuk Zahida Zarik Khan yang kini dalam tempoh edah. – SM

(Visited 1,098 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button