Luar Negara

Anak Bill Gates, pilih anak jutawan beragama Islam

NEW YORK: Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York.

Jennifer, 25, dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30, dalam satu majlis kecil-kecilan mengikut Islam yang diadakan secara rahsia.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak diketahui sama ada Jennifer sudah menganut agama Islam atau tidak walaupun majlis kecil-kecilan secara Islam diadakan.

Majlis kecil-kecilan itu diadakan di ladang kuda yang menjadi milik anak perempuan Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York sementara majlis perkahwinan besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu dengan dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.

Anak perempuan Gates itu meminta mereka yang datang ke majlis perkahwinan tersebut mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada Ahad pula, satu majlis makan tengah hari diadakan di sebuah restoran.

Gates dan bekas isterinya, Melinda yang mengumumkan perceraian pada Ogos lalu menyiarkan gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di akaun Instagram masing-masing.

Mereka berdua turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Majlis perkahwinan besar-besaran itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira AS$2 juta (RM8.34 juta).

Gates merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaannya dianggarkan AS$132 bilion (RM550.64 bilion).

Ibu bapa menantu Gates itu pula warga Mesir bertaraf jutawan.

Suami Jennifer itu pernah menjadi wakil Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian dan yang terbaharu mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun.

Jennifer dan Nassar yang mempunyai syarikat perniagaannya sendiri berkenalan ketika mereka menuntut di Universiti Stanford. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button