Politik

Dulu pengkhianat kini dia disambut bagaikan wira

Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee pasti akan diingatkan dan dicatat di dalam lipatan sejarah politik Melaka, bahkan dalam sejarah politik tanah air.

Beliau popular kerana bertengkar dengan penduduk isu jalan hingga petikan “Awak YB atau saya YB” jadi popular dan selepas itu beliau juga membawa isu babi yang perlu ditembak kerana pembiakan yang tidak terkawal.

Lebih epik apabila beliau menarik sokongan hingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Melaka dan membolehkan Perikatan Nasional memerintah negeri berkenaan.

Tidak cukup itu beliau sekali menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional dan kini kembali ke Pakatan Harapan sehingga menyebabkan pilihan raya negeri terpaksa diadakan.

Namun ada yang tidak senang dengan tindakan beliau melompat parti dan menarik sokongan sesuka hati yang disifatkan sebagai ahli politik yang tidak berintegriti.

Adun Kota Laksamana, Low Chee Leong dari DAP mengkritik majlis anjuran Pakatan Harapan malam tadi yang meraikan empat Adun yang baru-baru ini menjatuhkan kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno-Bersatu.

Dua daripada empat Adun itu sebelum ini juga bertanggungjawab menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan pakatan Umno-Bersatu mengambil alih tampuk kerajaan negeri.

“Pengkhianat disambut secara pahlawan? Ini lawak ! ” katanya dalam catatan Facebook.

Leong juga berkongsi gambar Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, yang dilihat mengangkat tangan sambil menerima tepukan daripada mereka yang hadir.

Untuk rekod Norhizam sebelum ini merupakan Adun DAP, namun berpaling tadah untuk membantu pembentukan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu.

Dia juga memainkan peranan menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu bersama Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu),. Adun Sungau Udang, Idris Haron (Umno) dan Adun Pantai Kundor,  Azman Hassan (Umno).

Kesemua mereka dipecat daripada parti masing-masing.

Acara malam tadi turut dihadiri Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan kira-kira 200 ahli PKR.

Sebilangan besar barisan pimpinan PH peringkat negeri, termasuk Adun DAP juga dilihat hadir.

Sin Chew Daily melaporkan mereka yang hadir termasuk Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari dan pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew.

Jemputan kepada Adun berkenaan dilihat sebagai usaha untuk mengumpulkan sokongan kepada PH, namun tidak disenangi oleh sebahagian pimpinan gabungan itu.

Keempat-empat Adun berkenaan menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober.

Ini menyebabkan Sulaiman mengambil langkah membubarkan DUN, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi pada 20 November.

(Visited 724 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button