Hiburan

Ammar Alfian bercerai secara tebus talak

Pelakon Ammar Alfian, 33, dan isteri, Nelissa Nezam, 31, telah disahkan bercerai secara tebus talak di mana bekas isterinya itu perlu membayar RM7,000 kepada aktor tersebut.

Perkara itu diberitahu Ammar menerusi satu status di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7,000.

“Akhirnya kebenaran telah terbongkar. Dia mungkin punyai kelebihan memperdayakan pihak media hingga menentang saya namun kebenaran pasti akan terjawab.

“Sekarang satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dah tahu perangai sebenar dia.

“Saya tak boleh maafkan apa yang telah dia lakukan terhadap ibu dan bapa saya. Keadilan telah ditegakkan,” katanya.

Nelissa sebelum ini pernah membuat tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu namun ditolak Ammar pada Julai lepas.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Bagaimanapun, perkahwinan mereka mulai bergolak apabila Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button