Hiburan

Amir dedah di sebalik lagu Hasrat, Juara AJL ke 38

SEMALAM berlangsungnya Juara Anugerah Lagu ke 38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Juara milik Mohamad Amirullah Jahari, 32, menyampaikan lagu Hasrat sekaligus membawa pulang trofi kemenangan dan wang tunai RM1000,000.

Namun penyanyi berasal dari Kuching Sarawak itu mendedahkan di sebalik lagu tersebut yang dipersembahkan semalam adalah solidiriti terhadap rakyat Palestin.

Menurut laporan Berita Harian, pembikinan lagu tersebut hanya diciptakan dalam tempoh 10 minit semasa pandemic COVID-19 sedang melanda.

Disebabkan lagu itu dicipta berdasarkan pengalaman peribadi, idea datang mencurah-curah. Saya hanya ambil masa 10 minit untuk menyiapkan melodi dan liriknya.

“Lagu Hasrat dicipta ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, jadi, proses rakaman dilakukan di rumah sahaja.

“Saya bersyukur orang suka dengan lagu itu,” katanya.

Amir berjaya menyentuh emosi penonton di Axiana Arena, Bukit Jalil walaupun persembahan ringkas namun ia jelas dengan menyampaikan mesej kepada penonton dan juri serta sesuai dengan tema AJK 38 iaitu Muzikaverse.
Pasa malam kecumcak itu juga diumumkan, naib juara AJL 38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF. Mereka membawa wang tunai RM50,000 dan trofi.

Tempat kedua, Sutera, Aisyah juga menangi persembahan terbaik

Menduduki tempat ketiga lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan Aina Abdul. Atas kemenangan itu, Aina menerima wang tunai RM30,000 dan trofi.

Artikle Berkaitan :>

PKP: Anugerah Juara Lagu 35 ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button