AgamaNegeriRencah Hidup

Ambil peluang berkumpul di Aidilfitri eratkan hubungan

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni salah seorang asnaf semasa mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Teluk Jambu, Bintong, Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya apabila semua berkumpul pada hari raya yang mulia nanti, janganlah ada lagi yang bermasam muka atau bergaduh disebabkan hal-hal yang remeh-temeh sebaliknya masing-masing perlu bermaaf-maafanlah dan eratkanlah kembali hubungan silaturahim sesama kita baik seisi keluarga mahupun rakan-rakan.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli bilangan kali ke-31 2024 di sekitar Kampung Teluk Jambu dekat Kangar.

Kayuhan amal anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu bertujuan untuk menyalurkan bantuan dan menyantuni para asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni salah sebuah keluarga asnaf semasa mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Teluk Jambu, Bintong, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs berupa wang tunai RM700, Kits MAIPs Peduli dan juga beras Fidyah kepada mereka.

Asnaf yang terpilih pada kali ini adalah Abdul Rahman P Ramli, 40, Azizah Senapi, 74 dan Minah Jab, 77 dan masing-masing dari Kampung Teluk Jambu.

Baginda turut berkenan singgah di Bazaar Ramadan Bintong dan beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung bazar tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni salah seorang asnaf semasa mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Teluk Jambu, Bintong, Kangar.

Dalam pada itu, sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nanti, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkongsi beberapa pesanan dan menasihati kepada anggota masyarakat agar janganlah kita sekali-kali leka.

Jika pulang ke kampung maklumkan ketiadaan anda dengan mengisi borang balik kampung yang boleh didapati di semua balai polis.

Maklum juga ketiadaan anda kepada jiran tetangga. Hentikanlah sementara segala langganan seperti surat khabar atau apa-apa belian online ke rumah.

Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua suis elektrik yang tidak perlu dimatikan dan tong gas berada dalam keadaan selamat.

Tutup dan kunci semua pintu dan tingkap rumah dengan baik.

Di dalam pemanduan pula, Muhammad mengingatkan supaya sentiasalah sabar dan bersikap toleransi di antara satu sama lain di atas jalan raya, ingat keluarga yang sedang menanti kepulangan kita.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima sembah seorang Badut di Bazaar Ramadan Bintong semasa mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Teluk Jambu, Bintong, Kangar.

Berhati-hati semasa memandu, sentiasa fokus kepada keadaan sekeliling, patuhi had laju yang telah ditetapkan dan ingatlah lebuhraya bukan tempat untuk menguji kelajuan.

Sama-samalah kita raikan hari raya ini dengan penuh ceria tanpa sebarang tragedi. – SM

BACA Nasional Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis zahir ucapan Salam Aidilfitri

(Visited 30 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button