Ekonomi

Amazfit Lancar Jam Tangan Pintar GTR 4 dan GTS 4

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2022 – Amazfit, jenama perkakasan boleh pakai pintar premium milik Zepp Health Corporation (Zepp), melancarkan model jam tangan pintar baharu, Amazfit GTR 4 dan Amazfit GTS 4 yang menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup aktif dalam sukan, fesyen dan perniagaan.

Model terbaru Amazfit GTR 4 ini, menampilkan jam tangan tradisional dengan tekstur reka bentuk yang kaya, telah meningkatkan fungsi sukan dengan penampilan seperti perniagaan yang boleh dipakai ke mesyuarat.

Zepp dalam kenyataannya berkata, model baharu ini amat sesuai bagi mereka yang mengejar gaya hidup aktif, juga sesuai dipadankan untuk dipakai ketika temu janji makan malam. Dengan penampilan yang langsing dan bergaya, Amazfit GTS 4 juga mempunyai fungsi sukan yang dipertingkatkan sambil kekal ultra nipis dan bergaya.

“Amazfit GTR 4 mempunyai skrin yang lebih besar daripada model sebelumnya, hadir dengan paparan HD AMOLED 1.43” dan memberikan pengalaman visual yang lebih mendalam manakala Amazfit GTS 4 dilengkapi dengan paparan HD AMOLED 1.75” dan reka bentuk persegi moden,” katanya di sini hari ini.

Kedua-duanya model ini mempunyai paparan sentiasa hidup. Untuk GTR 4, terdapat lebih daripada 200 muka jam tangan, dengan 15 muka jam yang boleh diedit dan 30 muka jam tangan animasi.

Untuk GTS 4, terdapat lebih daripada 150 muka jam tangan, 10 muka jam yang boleh diedit dan 30 muka jam tangan animasi.

Kedua-dua GTR 4 dan GTS 4 dilengkapi dengan teknologi antena GPS polarisasi Dwi-jalur; import laluan dan navigasi masa nyata; mod latihan kekuatan pintar; templat latihan selang; peringatan sukan dan siaran suara dan; mod larian trek.

Di samping itu, terdapat lebih daripada 150 mod sukan dan pengiktirafan pintar yang boleh mengesan keadaan sukan dan prestasi pemakai. Kedua-duanya mempunyai rintangan air 5 ATM dan untuk pemantauan kesihatan, mempunyai BioTracker 4.0 baru untuk mengesan oksigen darah dan kadar jantung.

GTR 4 didatangkan dalam Superseed Black, Vintage Brown Leather dan Racetrack Grey manakala GTS 4 didatangkan dalam Infinite Black, Misty White, Autumn Brown dan Rosebud Pink.

GTR 4 dan GTS 4 akan dilancarkan pada harga promosi RM799 (Harga Runcit RM829). Pelanggan awal akan mendapat kad Starbucks bernilai RM30 manakala mereka yang membeli produk Amazfit lain akan mendapat pas percubaan percuma Selebriti Fitness untuk 2 orang selama tujuh hari bernilai sehingga RM1,092.00, semuanya sementara stok masih ada.

Ketahui lebih lanjut mengenai jam tangan pintar Amazfit GTR 4 dan GTS 4 di https://www.amazfit.com/my atau platform rakan e-dagang Amazfit iaitu Shopee, Lazada, Tik Tok Shop dan PG Mall.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button